Menu

THE DECEIVERS – Affiliate Junction (AJ) – PART 1

PENGENALAN 

Affiliate Junction atau lebih dikenali sebagai AJ, adalah suatu program sontoria (sontot menyontot) yang dikatakan dimiliki oleh I-Synergy International (M) Sdn Bhd (1062594-W), yang mana I-Synergy International (M) Sdn Bhd ini adalah 100% milik penuh I-Synergy Holdings Berhad (1138715-H).

Affiliate Junction menggunakan modus operandi penggunaan MyKAD rakyat Malaysia bagi mendapatkan rebate tunai dan mata ganjaran bagi pembelian barangan ke atas merchant rakan niaga mereka, dan sebagai tukang mempromosi produk merchant rakan niaga mereka. Program mereka ini dikenali sebagai My Card Smart Shopper.

Penggunaan MyKAD bagi tujuan rebate tunai dan mata ganjaran ini adalah sesuatu yang sah (legal) di sisi undang-undang, malah mereka mendapat grant (geran) pembiayaan dari MDEC. Khabarnya sebanyak RM 5 Juta (maksimum geran MDEC). Dan mereka ini juga adalah syarikat yang berstatus MSC. Malah, mereka juga mendapat sokongan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk mengadaptasikan MyKAD sebagai kenderaan bagi tujuan ini.

Saya tidak mahu berbicara mengenai My Card Smart Shopper ini, kerana ianya tidak menyalahi apa apa perundangan negara. Dan ianya adalah sah (legal).

Apa yang saya hendak bongkarkan disini ialah, penipuan dan kecelaruan disebalik “The Mask” (topeng) My Card Smart Shopper ini.

Affiliate Junction ini sebenarnya adalah Ponzi Scheme (Skim Ponzi) yang terancang, yang mengelirukan dengan penggunaan legality MyKAD sebagai topeng dan disokong oleh Kerajaan Bengap Piang yang terdesak hendak memajukan MSC ke fasa yang baru. Maka Kerajan ini nganga dan dikencing hidup hidup oleh Ponzi Masters ini yg mengambil kesempatan, kerana mereka kedekut tidak mahu mendapatkan khidmat konsultasi dari Anti-Ponzi Master.

Terdapat banyak kes seumpamanya sebelum ini, seperti ads4bucks.com yang juga merupakan sebuah program dimana syarikat nya adalah berstatus MSC. Menjalankan program kononnya seperti Affiliate juga, berdasarkan pengiklanan. Hakikatnya, adalah suatu Skim MLM Piramid dan juga Ponzi. Itu belum dikira Pencil.my yang juga sebuah syarikat berstatus MSC yang juga adalah skim MLM Piramid yang menjalankan perniagaan berunsurkan pendidikan.

Untuk pengetahuan para pembaca saya, ads4bucks.com telah lama arwah, innalillah… arwah dahulu penipu orangnya. Dan pemiliknya telah menubuhkan satu lagi skim cepat kaya, cuma kali ini berasaskan forex. Dan berjaya menjadi Billionaire dengan penipuan terancang, khabarnya sekitar RM 2 Billion berjaya di kaut dari skim Ponzi nya itu.

Baca seterusnya untuk mengetahui apa pekung Affiliate Junction ini…

KES SAMAN AFFILIATE JUNCTION

Pada sekitar MEI / JUN 2016 yang lalu, Affiliate Junction melalui plaintif plaintif pemiliknya telah menghantar suatu notis tuntutan kepada 3 orang defended yang dituduh sebagai Admin page Say No To AJ.

Kemudian mereka telah membawa tuntutan tersebut ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, dan case management adalah pada 10hb June 2016.

Sila lihat gambar gambar dibawah :

Dibawah ialah “timeline” perjalanan Kes yang dimaksud kan.
Court 1.jpg
( * Jika gambar diatas tidak jelas, sila click pada gambar diatas, kemudian click lagi pada gambar yg keluar bagi membesarkannya / zoom sehingga anda boleh membaca kesemua isi kandungannya dengan jelas. Harap Maklum.)

Pada permulaan kes ini, pihak defenden telah meminta bantuan seseorang didalam Organisasi Ponzi Scheme Alert In Malaysia, untuk mendapatkan nasihat dan seterusnya bantuan kewangan serta guaman bagi pembelaan kes saman mereka.

Seorang peguam yang di kenali sebagai Buzze Azam (Azam Aziz & Co) telah bersetuju mewakili mereka, dengan bayaran hanya kos. Pihak Organisasi Ponzi Scheme Alert in Malaysia telah membuat fund raising bagi tujuan ini dengan dibantu oleh group group seangkatan yang lain seperti PW, SNTMLM, Tentera Throll Kebangsaan, KHK dan sahabat sahabat lain, melibatkan 3 fasa. Yang mana fasa pertama – sekitar bulan Jun 2016 sehingga Hujung September 2016, kutipannya sejumlah hampir RM 20,000 (tidak ketahui sepenuhnya, kerana Peguam corrupt ini telah menamatkan account banknya), pada fasa kedua. Sekitar bulan Oktober 2016, kutipan berjumlah sekitar RM 9200, dan akhir sekali fasa ketiga, pada March 2017, kutipan adalah sejumlah sekitar RM 3,400. Dan pinjaman peribadi penulis berjumlah RM 1000. Dan dana ini, saya yang memegangnya sebagai trustee bermula dari fasa 2, hanya fasa 1 sahaja yang dimasukkan terus ke account bank Peguam corrupted.

Bayaran yang dibayar kepada Peguam corrupted, iaitu Buzze Azam adalah melebihi RM 10,000 dari duit yg terkumpul. Tidak termasuk RM 1500 yang dia menipu 3 orang defenden itu, tidak termasuk juga RM 1600 yang kononnya untuk membayar deposit memasuki rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Saya mengesyaki Peguam Buzze Azam itu, menerima “Kaw Tim” atau bahasa kasarnya, menerima rasuah. Ini kerana, dia menarik diri di saat akhir, termasuklah kes rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi tujuan pembatalan saman. Cubaan menarik diri disaat akhir, dengan harapan, defenden yang seorang lagi dan pihak Ponzi Scheme Alert in Malaysia tidak sempat untuk bersedia bagi mendapatkan Peguam baru sebagai ganti, dengan harapan kami akan kalah kerana tiada peguam yang mewakili.

Sudahlah menarik diri tanpa memaklumkan kepada pihak orgasnisasi Ponzi Scheme Alert in Malaysia sebagai “De Benefactor” bagi kes pembelaan ini. Bayaran deposit berjumlah RM 1,600 yang diberikan kepada dia juga tidak di refund kan, malah RM 1,500 yang dia minta lagi konon sebagai bayaran deposit untuk mengfailkan rayuan ke mahkamah rayuan dari 3 org defenden juga tidak dikembalikan.

Peguam Buzze Azam ini juga tiba tiba mempunyai banyak wang, kononnya ada peguam lain yg join venture untuk membuat firma guaman bersamanya, sedangkan Peguam ini seorang yang sengkek, pejabat buruk, kereta iswara cabuk yang bakal gugur. Tiba tiba beli sebuah AUDI A6 baru, yang berharga melebihi RM 200,000.

Mustahil seorang pelabur (partner) memberi duit untuk membeli kereta mewah, mestilah hanya untuk tujuan perniagaan. Tetapi Peguam corrupted ini membeli kereta mewah. Pelik kan ? Kalau saya pelabur itu, mesti saya maki “ingat ni duit bapak kau untuk joli beli kereta mewah ? hanya untuk tujuan perniagaan sahaja. Duit modal bukan duit untung. faham ?”.

Dari sebab Peguam bodoh ini membeli kereta mewah lah, saya tahu ada sesuatu yg tidak kena. Seolah olah duit membeli AUDI A6 itu duit yg turun dari langit, easy come. And the temptation to buy desires are irresistible when you have the money.

Semua itu berlaku, didalam waktu yg sama ketika Kes saman ini berlangsung. Dan peguam Buzze Azam itu juga lah yang beriya iya memujuk 3 orang defenden itu untuk mengaku bersalah dan menerima tawaran dari pihak plaintif, dan hanya 2 orang sahaja yang termakan pujukkan itu, iaitu 2 orang defenden lelaki didalam kes ini.

Anda boleh membaca mengenai perihal Peguam Buzze Azam itu : DISINI (Click Sini)

Anda boleh membaca mengenai pembongkaran Affiliate Junction yang sebelumnya : DISINI (Click Sini)

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN ?

Mahkamah Tinggi daripada Hakim Dato Hue Siew Kheng telah memutus bahawa kes tersebut “DISMISS” tanpa kos, ertikata lain, dibuang dengan kos ditanggung oleh pihak masing masing.

Saya merasakan amat pelik, kalau tiada kes, kenapa perlu masuk bicara ? kenapa masa hearing dulu tidak kata tidak ada kes ? Fishy isn’t it ?

Ianya menganiaya, anda saman orang seolah olah orang itu bersalah, sedangkan tidak (kerana keputusan perbicaraan – DISMISS @ dibuang), dan orang itu terpaksa bersusah payah cari duit untuk biayai perbicaraan, dan akhirnya tiada kes ? dan orang tidak bersalah itu pula kena tanggung kos atas kesilapan itu ? Ini apa punya zionist ni ? Mentang mentanglah ianya duit sumbangan orang ramai, mereka buat macam duit bapak mereka ? Bukankah sepatutnya orang yang menyaman itu sepatutnya menanggung kesilapannya itu

Tahukah anda mengapa jadi begini ? sebab itu saya tahu something is fishy… kerana AJ sangat takut mereka akan disaman kembali. Mereka takut jika Defenden yang satu itu, dan Pihak Organisasi Ponzi Scheme In Malaysia mempunyai duit untuk menyaman mereka semula.

Salahkah kalau Hakim mengarahkan plaintif membayar kos defenden ? sedangkan plaintif yang gatal pungkoq hendak menyaman defenden in the first place ? Jika kos itu dibayar semula, ianya akan masuk ke dalam dana organisas Ponzi Scheme Alert in Malaysia semula. Itu yang mereka tidak mahu.

Boleh nampak permainan mereka, boleh nampak trance setter (movement behind) mereka itu.

Sejujurnya, saya tidak suka Hakim yang seorang ni. Ada yang tidak kena… !!! I smell fishy… rotten fish.

Apa pun, kes DISMISS, bermakna kes dibuang atau tiada kes atau kes terbatal. Secara tidak langsung, ianya adalah simbolik kemenangan kepada defenden, walaupun secara tidak langsung. Orang yang menyerang tidak dapat mara, kalah lah ertinya. Didalam pengertian Mahkamah, DISMISS bererti kalah kepada pihak yang membawanya.

Dan kami tidak akan membuat rayuan kepada kes ini, kerana kami akan terikat kepada pliding yang sempit yang di lakukan oleh peguam corrupted lagi bodoh iaitu Buzze Azam. Maka, kami akan menyaman semula AJ fresh start dan seluruh plaintif bagi menuntut ganti tauladan, am, dan sebagainya. Dan apabila saman baru, pliding nya juga baru, dan kami pasti akan masukkan segala apa yang kami hendak argue dalam mahkamah nanti.

RM 100 JUTA !!!

*** *** ***

MARI KENALI AFFILIATE JUNCTION & SCAM TERANCANG MEREKA

Affiliate Junction adalah brand dibawah hakmilik I-Synergy Universal Sdn Bhd (812120-V), bukan dibawah milikkan I-Synergy International (M) Sdn Bhd mahupun I-Synergy Holdings Berhad.

Gambar Pertama diatas, ialah sijil trademak (tanda niaga) Affiliate Junction yang di file kan oleh I-Synergy Universal Sdn Bhd pada 27hb Jun 2013, Dan ditinggalkan begitu sahaja tanpa follow-up untuk kelulusan, Tidak aktif dan tidak di daftar trademark.

Kemudian perkara ini telah di alert kan oleh saya didalam group organisasi Ponzi Scheme Alert in Malaysia. Yang mana kalau dilihat dari sijil MyIPO Affiliate Junction diatas, gambar Kedua dan Ketiga, tarikh di file kan untuk menjadi trademark ialah pada 5hb Oktorber 2016 bagi keduanya, dah diterima (accepted) pada 13hb Mei 2017. Belum lagi didaftarkan, jika sudah didaftarkan, LEGAL STATUS akan menjadi REGISTERED.

Bermakna, Affiliate Junction melakukan trademark itu selepas di alerted kan oleh saudara Luqmanul Hakim Abd Rahim, dan ertikata yang lain, mereka menggunapakai harta intelek Luqmanul Hakim Abd Rahim.

( * Status Pos ini bertarikh 10hb Jun 2016. Sumber dari SINI.)

Sekarang saya hendak berinteraksi dengan pembaca saya, saya sememangnya suka berinteraksi dengan pembaca saya. That’s my style in writing.

Sehingga ke perenggan ini anda membaca dan melihat gambar gambar serta bukti bukti yang saya paparkan, apa yang anda dapati ? spot the different ? spot the bizzare ?

Hakim Mahkamah Tinggi itu pun tak cukup pakar lagi didalam undang-undang berkaitan Intellectual Property, mungkin kurang pengalaman atau jenis manusia BIAS yang ignorance. Saya belum pernah jumpa mana mana Hakim di Malaysia yang cukup pakar didalam hal hal yang complex, apatah lagi yang melibatkan perkara baru seperti intellectual property (harta intelek).

Anda tidak perasan ? mari saya suluhkan supaya anda dapat melihatnya.

Jikalau anda perasan, saman AJ terhadap 3 orang defenden tersebut ialah dari plaintif yang BUKAN I-Synergy Universal Sdn Bhd, sedangkan trademark Affiliate Junction adalah didaftarkan kepada I-Synergy Universal Sdn Bhd, bukan kepada mana mana nama plaintif yang tertera.

Dan sewaktu Affiliate Junction memfailkan saman, mereka tidak memiliki nama trademark bagi Affiliate Junction mahupun AJ. Sepatutnya dari mula lagi, sewaktu hearing atau sebelum buka pagar lagi Hakim sudah membatalkan saman tersebut. Kerana dibawah Akta Evidence Act 1950, Seksyen 29 (1), bukti hak pemilikkan, mereka tidak boleh membuktikan yang mereka memilik cap dagangan / tanda niaga / trademark tersebut. BODOH PIANG !!!

Tahukah anda semua, Affiliate Junction menyaman 3 orang defenden tersebut kerana defenden defenden tersebut dikatakan menyebut atau menulis AFFILIATE JUNCTION adalah SCAM, atau AJ SCAM. Sedangkan nama Affiliate Junction atau AJ bukan trademark mereka yang berdaftar ketika itu. Mereka yang dituduh, tidak menyebut pun nama syarikat I-Synergy scam what so ever.

Nama AJ tidak boleh di trademark kan, kerana ia adalah nama am. Nanti kalau ada orang yang bernama Ani Jackson menggunakan nama AJ kena saman pula. Maka nama AJ hanya dibolehkan didalam bentuk logo sahaja, bukan pada perkataan AJ.

Maka… kita semua bolehlah berkata atau bercakap AJ SEMEMANGNYA SCAM, tanpa perlu risau disaman. kah kah kah

Sekarang, mari kita lihat 3 syarikat utama i-Synergy, lihat gambar SSM Profile dibawah :

I-Synergy Holdings Berhad






I-Synergy International Sdn Bhd




I-Synergy Universal Sdn Bhd





Syarikat Syarikat lain yang dibawah entity yang sama iaitu I-Synergy

Sudahkah anda semua melihat SSM syarikat yang berkaitan Affiliate Junction ini ?

I-Synergy Holdings Berhad – Hanya bermula dengan modal berbayar RM 200 tunai, selebihnya buku 555 kot.I-Synergy International Sdn Bhd – Modal berbayar RM 100,000 sahaja, dan milikkan penuh 100% I-Synergy Holdings Berhad.

I-Synergy Universal Sdn Bhd – Modal berbayar RM 100,000 sahaja, shareholder hidden (tidak diketahui), dan merupakan syarikat EPC (Exempt Private Company). Tahukah anda, apa itu EPC ? Senang nak buat money laundring. Syarikat boleh beri pinjam kepada director / shareholder atau syarikat lain yang mempunyai director / shareholder yang sama, syarikat tidak perlu hantar audit kepada SSM. EPC ini adalah untuk syarikat kecil yang baru bertapak sebenarnya, bagi melindungi syarikat Sdn Bhd kecil, kalau sudah income puluh puluh juta, kenapa masih mahu menjadi syarikat EPC ? Something is fishy, sudah lah begitu, nama shareholder nya tiada. Syarikat hantu ka apa ni ?

Dan harus diingatkan, Syarikat I-Synergy Universal Sdn Bhd ini yang memegang hak trademark bagi tanda niaga AFFILIATE JUNCTION. Bukannya Syarikat I-Synergy yang lain… hairan bagaimana di laman rasmi AJ mereka mengatakan Affiliate Junction dimilik oleh I-Synergy International Sdn Bhd.

( * Sumber dari www.AJ.my )

*** *** ***

THE SCAM

 

( * sekiranya video ini dideletedkan untuk cover-up, sila DOWNLOAD DISINI )

 

Sudahkah anda menonton video diatas ? Sudah… bagus murid murid sekalian. Apa yang murid murid semua boleh dapati ?
Tak tahu ? Sah banyak minum air semut… kah kah kah… jangan marah, nanti kena jual. Relax… kita sudah hendak sampai ke bahagian crot di muka 10x.

Tonton semula, dah kira berapa kali Lawrence Teo menyebut “FRANCHISE” dan berapa kali wartawan menyebutnya pula.

Lawrence Teo – 1

Wartawan Berita – 2

Jumlah keseluruhan adalah 3 kali.

Dari mulut Lawrence Teo @ Teo Chee Hong sendiri yang menyatakan, menyebut untuk mengatakan Affiliate Junction adalah Franchise, dan secara tidak langsung dirinya adalah Franchisor (pemilik Franchaise Affiliate Junction). BINGO !!!

Apa kena mengenai dengan FRANCHISE ? dengan Affiliate Junction ?

Selama ini, kita terkebil kebil memikirkan AJ @ Affiliate Junction ni model perniagaan apa, kerana didalam Mahkamah mereka deny yang mereka adalah MLM.

Hakikatnya, mereka adalah breed, kacukkan diantara FRANCHISE dan MLM. Dan berselindung disebalik legality syarikat technology berasaskan MyKAD.

Anda sendiri dengar didalam video diatas, Lawrence Teo menyatakan mereka adalah FRANCHISE…

Tahukah anda, di Malaysia FRANCHISE ini dikawal oleh Akta 590 – Francais (1998). Yang mana setiap Franchisor hendaklah mendaftar dengan MyFEX dibawah KPDNKK ?

Website Rasmi MyFEX

Tahukah anda, jika anda mengatakan anda adalah Franchise (Franchisor) sedangkan anda tidak berdaftar, ianya adalah kesalahan undang-undang dibawah Seksyen 37A, Akta 590 – Francais ?

Itu belum kira Seksyen 37 Akta yang sama, yang memperuntukkan Kesalahan bagi fraud, perdayaan, dan sebagainya.

( * Anda boleh download dan membaca keseluruhan Akta 590 ini DISINI )

Saya tidak mahu mengupas panjang, anda semua sudah besar panjang. Saya hanya sebut satu atau dua sahaja akta yang dilanggar oleh Lolen ini. Anda baca sendiri Akta 590 – Francais itu. Boleh dikatakan 90% dilanggar oleh Lawrence Teo dengan Skim PONZI Affiliate Junction nya.

Belum dikira dari segi dokumen perjanjian, fee, wilayah francais dan sebagainya. Takkan lah dalam Malaysia sampai 40,000 orang Agency. Dalam kawasan kawasan perumahan yang sama ada 4 orang Agency. Kartun… !!! kah kah kah Tidak termasuk boleh membeli sampai 5 lesen, francais apa sampai boleh beli 5 lesen untuk 1 entitiy ? French Fries boleh lah selonggok. Terang terangan melanggar Akta, oh lupa… Mereka tidak berdaftar sebagai Francais. SCAM !!!

Dan dalam Akta 590 itu juga, telah jelas mendefinasikan “Perjanjian Francais”.

” “perjanjian francais” ertinya kontrak atau perjanjian yang dibuat antara pemberi francais dengan pemegang francais berkenaan dengan sesuatu francais sebagai balasan terhadap apa-apa bentuk balasan tetapi tidak termasuk apa-apa kontrak atau perjanjian yang dibuat bagi maksud jualan langsung sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Jualan Langsung 1993 [Akta 500]”

Erti kata lain, jika Francais anda menjalankan perniagaan yang berunsurkan Multi Level Marketing, QAA ke RAA ke AAA ke BABI ke RA berlevel ke bawah, hendaklah memohon dan menurut Akta 500 – Akta Jualan Langsung 1993.

Lolen… oooOOooo Lolen… i know you are reading this, with your brainless board and lowya. Do you have all the license to operate ? kah kah kah… i am good am i ? what do you expect Lolen from a 248/300 IQ… Albert Einstein is 276/300, don’t fucking kidding me you are 298/300. Keep on dreaming…

Lolen, this is an intellectual property. This is a professional research job. If you take what i wrote here, and try to fix your flaws and wrongs. The Price is RM 20 Million.

And if you ever want to fix it, bear this in mind. Two Wrongs Doesn’t Make A Right…

Do you think i wrote this to alert you like the Trademark thing before ? for you to get free consultation and improvise ? Keep on dreaming… this is a disclaimer. This is a professional consultation work done to fix your company brand’s legality issue, and it is also to put your scheme to R.I.P.

Nice to read, nice to told, once used, considered sold… 

Liverjournal is protected under the intellectual property (IP) act of the United State. Thus, why i love to use Livejournal. Easy to sue for IP Infringement. Everything in this blog is IP Protected lah Lolen… unlike immoral and unethical facebook that you can get your way in.

Ini adalah bukti bahawa AJ, Affiliate Junction mahupun I-Synergy tidak berdaftar dengan MYFEX bagi menjadi Francais.

Franchise AJ not valid.jpg

 

MORE OBVIOUS IT IS A SCAM

Logo MSS MyKAD Smart Shopper diatas tidak langsung di trademark kan, kerana bagi AJ program MyKad Smart Shopper ini tidak penting. Kenapa MSS MyKAD Smart Shopper tidak penting ? Sebab tidak masyuk seperti menjalankan skim buat recruitment dan penjualan lesen.

Yang penting ialah AFFILIATE JUNCTION, iaitu engine utama mesin jana wang melalui ponzi dan penipuan yang terancang.

Carian telah saya buat menggunakan Keyword “MyKad” DISINI, dan keputusan yang keluar hanyalah seperti gambar dibawah :

Anda nampak jelas scam nya di sini ?

Terdapat 2 elemen  modul perniagaan.

1.) Affiliate Junction

2.) MSS MyKAD Smart Shopper

TETAPI yang mana akan selalu nampak diiklankan atau dipromosikan ? Saya berani sebut, ianya AFFILIATE JUNCTION, bukannya MSS MyKAD Smart Shopper.. Anda tidak percaya, cuba buat carian google dan facebook, result carian MSS vs result carian AJ. Malah rata rata agency AJ ini akan mencanangkan nama AJ bukannya technology MSS. Kan ?

Didalam perniagaan, element terpenting perniagaan adalah PRODUK, dan produknya didalam kes ini ialah MSS MyKAD Smart Shopper. Bukan AFFILIATE JUNCTION… tetapi, cuba tengok apa yang bersungguh sungguh benar Lawrence Teo ini cuba bangunkan, MSS atau AJ ? Sudah tentulah AJ… sebab nak jual lesen, 1 entity boleh sampai berkeping keping lesen yang sama, sebab 1 lesen yang pangkat Agency Berpangkat AA berharga RM 22,000, dan komisyen untuk orang yang berjaya memangsakan mangsa ialah 30% dari jumlah itu, cuba bayangkan 5 lesen, sudah RM 110,000. Commission nya ialah RM 33,000 untuk 1 mangsa. 10 ? 100 ? 1000 ? You do the math…

Setakat % ciput dari penggunaan rebate MyKAD bila nak kaya. Orang beli barang RM 1000, baru dapat RM 10. Bila nak kaya, kan ? Kalau recruitment, 1 mangsa sahaja dah RM 33,000. Baru boleh makan Babi Golek dengan blackpepper mint gravy.

Anda boleh baca di blog agency AJ ini. DISINI

Cukup detail didalam blog itu menceritakan, siap ada Bonus Overiding, Bonus Overiding Runcit, Bonus Development dan sebagainya. Ini semua ciri ciri MLM…

Gila tak gila lah tuan tuan dan puan puan, 30% + 12% + 100% + 100% + 3% = 245% !!! WoWWWWW… !!!

Lagi gila, Franchaisee boleh menjual lesen Franchaisor… aik… !!! Saya menjadi Franchaisee untuk A, saya boleh menjual lesen Franchaisor A kepada Franchaisee B dibawah saya. Dey apa daaaa Franchaise pun MLM… sakit kepala daa… pasal sakit kepala lah orang keliru dengan mereka ni, kalau tak, takkah lah kerajaan dan MDEC dungu piang support penipu ni. Kan ?

Anda rajin rajinkan lah diri membuat carian mengenai Pelan Pemasaran / Marketing Plan Affiliate Junction ini di google, kalau hendak saya suapkan anda, artikel ini akan menjadi terlalu panjang, nanti tidak muat didalam satu page yang sama.

SADIS

 

Sungguh sadis statistic pengunjung laman traffic

Affiliate Junction : www.AJ.my

MSS MyKAD Smart Shopper : www.mykadshopper.com

Supaya anda tidak mengatakan saya meng-edit ke, atau photoshop statistic traffic diatas. Layari sendiri HYPERSTAT DISINI, dan masukkan nama domain yang anda hendak di semak statisticnya.

Sadis you all… audit report submission kepada SSM berjumlah RM 65 Juta revenue. Dari mana datang duit itu, jika pengunjung laman web pun berapa ekor sahaja. Mana pergi pengguna MyKAD smart shopper mereka ? Data ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan, income stream mereka bukanlah datang  dari product mereka yang sebenar iaitu MSS MyKAD Smart Shopper, tetapi dari recruitment penjualan lesen Franchaise dongeng mereka yang tidak berdaftar.

KESIMPULAN

SCAM !!! PONZI !!!

Continue to PART 2 (coming soon)

Categories:   ANTI PONZI

Comments